Refleksi

Assalammualaikum...

Bismillahirohmannirohim..
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan tugasan membina blog yang di berikan dengan sempurna dan tepat pada masanya.
Jutaaan terima kasih  kepada pensyarah yang membimbing saya dalam subjek Pengurusan Sumber iaitu Puan Haslina Binti Hassan  yang banyak mengajar dan membimbing  tanpa jemu dalam menyiapkan tugasan ini.Segala teguran dan kritikan yang diberikan amat berguna kepada saya dalam menghasilkan karya yang lebih baik.
Tidak lupa juga kepada orang yang menjadi  tulang belakang saya iaitu suami tersayang yang memberikan sepenuh dorongan dan semangat untuk saya terus berusaha untuk menghasilkan yang terbaik.Kepada anak-anak,terima kasih kerana bersabar dan memahami kerana kurangnya masa dalam melayani karenah kamu berdua.
Tidak lupa kepada ibu bapa yang telah banyak membantu dan berkorban masa untuk menjaga anak-anak ketika saya berada di dalam kursus dalam cuti di sini.Segala jasamu tidak akan saya dapat balas hingga ke akhir hayat.

Kepada rakan-rakan seperjuangan tidak lupakan juga.Jasa anda sekalian amat saya hargai dan semoga kita peroleh keberkatanNya dan berjaya menyempurnakan tugasan ini dengan sempurna dan jayanya.Terima Kasih semuanya…..
   Saya berbangga dengan diri saya kerana walaupun kurang mahir dalam bidang ICT saya dapat membina blog ini seadanya dengan titik peluh saya sendiri dengan bantuan pensyarah dan juga rakan-rakan seperjuangan...Di harap agar usaha saya ini di berkati oleh Allah ..sesungguhnya segala cacat cela datangnya dari kelemahan diri saya sendiri dan yang baik daripadaNya....

No comments:

Post a Comment