Aktiviti

Aktiviti  Kanak-Kanak

Sesi Pembelajaran

Ini merupakan salah satu suasana yang terdapat dalam kelas ketika sesi pembelajaran berjalan sepanjang lima hari seminggu.
Pada masa ini, kanak-kanak tidak sabar menanti giliran masing-masing dalam aktiviti main peranan sebagai seorang hakim. Aktiviti turut dihadiri oleh beberapa orang rakan guru yang lain.

Bakat Si Kecil



Pengacara Majlis: Adik Syafiqah Bt. Gaus merupakan salah seorang kanak-kanak yang baru berusia 5 tahun. Namun bakatnya telah ditonjolkan sepanjang menerima sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas  dengan menunjukkan potensi yang menyerlah dalam mengendalikan sebuah majlis di peringkat kelas dengan menjadi pengacara kecil. Bukan sahaja kedua-dua ibubapanya berasa amat gembira, malahan
 saya sendiri sebagai guru yang membimbingnya turut sama merasai kegembiraan tersebut bilamana dapat melahirkan seorang kanak-kanak seawal usianya dapat mengacarakan sesebuah majlis dengan jayanya.


Cita-Citaku Dewasa Kelak




Aktiviti ini pula amat menyentuh perasaan semua hadirin dimana mereka  yang terlibat dalam persembahan
 ‘Cita-Citaku Dewasa Kelak’  dapat menunjukkan bakat yang ada pada mereka dengan memainkan peranan masing-masing untuk menghidupkan watak-watak yang dipegang sebagai seorang juruterbang, doktor,askar, angkasawan, polis, askar, jururawat, hakim dan tukang masak. Disamping itu juga, sikap yakin diri mereka amat tinggi ketika menaiki pentas dalam membawa watak masing-masing.


Hari Graduasi Dan Majlis Penyampaian Hadiah





Majlis Hari Graduasi Dan Majlis Penyampaian Hadiah pula merupakan salah satu aktiviti wajib bagi kelas saya dimana pada majlis ini semua kenaka-kanak berpakaian konvo ketika menerima sijil masing-masing. Selain dari itu juga, mereka turut menerima hadiah kecemerlangan masing-masing mengikut katogeri 6 tunjang utama yang dipelajari di tabika sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun semasa.


Aktiviti Guru

Lawatan Integrasi Guru-Guru Selangor & Johor




Aktitivit tersebut merupakan satu program pintar dimana kedua-dua negeri dapat melahirkan idea dalam memupuk semangat setiakawan disamping bertukar-tukar pendapat dalam skop pembelajaran dewasa kini. Dalam pada itu juga, kami dapat menjejaki kaki ke satu destinasi baru iaitu ‘LEGOLAND”.


Hari Graduasi Tabika Perpaduan Zon ‘B’


Dalam aktiviti ini, guru secara langsung terlibat mengendalikan program bersama-sama rakan sekerja yang lain mengikut zon masing-masing.

Kursus Pergigian



Saya bertuah kerana pada kali ini saya bersama-sama lima belas orang guru yang lain telah terpilih menyertai Kursus Pergigian Peringkat Daerah Klang yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan.  Dalam kursus tersebut, kami didedahkan mengenai kepentingan penjagaan gigi, demo pergigian dan  bengkel menghasilkan bahan bantu mengajar. Kursus ini dapat meningkatkan pengetahuan yang berkaitan dengan pergigian dan amat berguna untuk diaplikasikan di dalam kelas.


No comments:

Post a Comment