6 Tunjang Utama
Apa itu 6 Tunjang Utama?
Mari kita ketahui 6 Tunjang Utama yang digunakan di Tabika Perpaduan
Jalan Dato Dollah yang berlandaskan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK ). 6 Tunjang Utama tersebut adalah:
1. Tunjang Bahasa Dan Komunikasi
Tunjang Bahasa Dan Komunikasi terbahagi daripada dua bahagian iaitu:
i) Bahasa Malaysia - terdiri daripada kemahiran mendengar,
kemahiran bertutur, kemahiran membaca
dan kemahiran menulis.
ii) Bahasa Inggeris - terdiri daripada listening skills, pre reading skills
reading skills and writing skills.
2. Tunjang Sains Dan Teknologi
Tunjang Sains Dan Teknologi terbahagi daripada dua bahagian iaitu:
i) Awal Matematik - meliputi pengajaran seperti mengenali pra nombor,
nombor, konsep waktu, matawang, bentuk dan
ruang.
ii) Awal Sains - meliputi pengajaran seperti kemahiran saintifik.
3. Tunjang Kerohanian Sikap Dan Nilai
Tunjang Kerohanian Sikap Dan Nilai terbahagi daripada dua bahagian iaitu:
i) Pendidikan Islam - menerusi Pendidikan Islam, kanak-kanak akan
didedahkan kepada aspek akidah, sirah, ibadah,
dan huruf hijayyah.
ii) Pendidikan Moral - menerusi Pendidikan Moral, kanak-kanak akan
didedahkan kepada aspek disiplin, tanggungjawab,
hemah tinggi dan toleransi.
4. Tunjang Fizikal dan Estetika
Tunjang Fizikal Dan Estetika terdiri daripada empat bahagian iaitu:
i) Fizikal - meliputi pembelajaran yang berkitan dengan
pergerakan kemahiran motor halus dan
kemahiran motor kasar.
ii) Muzik dan Gerakan-meliputi pembelajaran yang berkaitan dengan
muzik dan pergerakan tubuh badan, seni, kraf
dan lagu-lagu tradisional
iii) Kesihatan dan - meliputi pembelajaran yang berkaitan dengan
kesihatan diri, kebersihan diri dan persekitaran.
iv) Keselamatan - meliputi pembelajaran yang berkaitan dengan
aspek keselamatan diri dan persekitaran.
5. Tunjang Ketrampilan Diri - Perkembangan Sosio Emosi
Tunjang tersebut menyentuh mengenai sahsiah dan emosi kanak-kanak
terhadap diri, rakan sebaya, guru dan masyarakat setempat.
6. Tunjang Kemanusiaan
Tunjang tersebut menyentuh mengenai hubungan antara diri, keluarga,
persekitaran dan alam semulajadi ciptaan tuhan.
****6 Tunjang Utama di atas merupakan elemen-elemen yang diguna
pakai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di peringkat pra
sekolah dibawah naungan JPNIN dan Kementeriaan Pelajaran
Malaysia ( KPM ). Justeru menerusi proses pengajaran dan
pembelaran di atas, diharap dapat melahirkan warisan anak
bangsa yang mempunyai sikap dan nilai yang tinggi termasuk arid
segi jasmani, emosi. rohani dan sosial dalam menjadi insan yang
berguna pada agama, bangsa dan negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment